Diskografi Ella
Diskografi Ella

Diskografi Ella

Penyanyi wanita Malaysia, Ella telah mengeluarkan 10 album studio, sebuah album EP, 12 album himpunan, 2 album pembungkusan semula dan sebuah album secara langsung serta puluhan single dan 16 muzik video. Selain itu, beliau turut mengeluarkan 2 album untuk pasaran Indonesia serta sebuah album video. Album studio pertamanya, Pengemis Cinta (1989), mencapai jualan melebihi 100,000 unit sekaligus menerima Platinum Kembar di Malaysia.[1][2][3] Album keempatnya, 30110 (1992) berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam tempoh yang singkat, sekaligus royaltinya mencapai setengah juta.[4] Album kelima Ella, Ella USA menjadikan Ella sebagai artis Malaysia pertama yang merakamkan album studio penuh di Amerika Syarikat dan telah terjual melebihi 350,000 unit dalam tempoh yang singkat, sekaligus berjaya menduduki tempat pertama dalam Carta RIM sebagai album paling laris di pasaran. Kejayaan album ini juga menjadikan Ella sebagai penyanyi wanita paling laris penjualan albumnya.[5]Dikenali sebagai "Ratu Rock Malaysia",[6] Ella memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai kumpulan Moonracker, namun beliau memperoleh kejayaan terbesarnya dengan menganggotai kumpulan Ella & The Boys sebelum memulakan kerjaya solo yang dibuktikan berjaya.[7][8] Beliau juga telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel 1998 (SUKOM ke-16) yang bertajuk "Standing in the Eyes of the World", menjadi satu-satunya artis Malaysia yang dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema SUKOM.[9][10][11] Ella turut menyumbangkan runut bunyi untuk filem 2005, Gol & Gincu yang bertajuk "Teruja". Sejak kemunculan sulungnya, Ella telah menjual jutaan rekod di Malaysia setakat ini.

Diskografi Ella

Album secara langsung 1
Album video 1
Video muzik 16
Single 30
Album kompilasi 12
Album pembungkusan semula 2
EP 1
Album runut bunyi 1
Album studio 10
Album adunan semula 1

Rujukan

WikiPedia: Diskografi Ella http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1367331&c=... https://www.allmusic.com/artist/ella-mn0001577510/... https://www.discogs.com/artist/1780565-Ella-10 https://www.malaysiakini.com/hiburan/395954 https://www.klik.com.my/item/story/1076347/capturi... https://www.klik.com.my/item/story/1116001/song-de... https://www.klik.com.my/item/story/1929536/ella-st... https://www.klik.com.my/item/story/1967433/ella-aw... https://www.klik.com.my/item/story/2183612/-album-... https://www.klik.com.my/item/story/2326170/simbios...